KITA TAK PERNAH MELUPAKANNYA

Sesekali aku diziarahi……

by YEE on Apr.19, 2010, under wangi

Indah! sesekali dikunjungi anak-anak, banyak yang dibicarakan.

Terima kasih atas kunjunganmu anak-anak. Ruang yang seketika itu banyak yang diimbaskan.

Ada ketika kita membelek-belek sejarah

Ada ketika kita menjengok  masa depan yang belum milik kita.

Terima kasih

Rossarida Zakaria

Fatimah Mohamad

Rosmawati Ariffin

1 Comment more...

Sesekali memancing…..

by YEE on Jan.24, 2010, under wangi

ok juga sesekali bermain batang pancing. Belida….

1 Comment more...

2010 dalam tandatanya?

by YEE on Jan.02, 2010, under wangi

Esok, guru ke sekolah semula. Anak-anak ke sekolah semula. 2009 jadi kenangan.Capaian 2009 jadi petunjuk baru baru untuk capai 2010 pula. Susah. Senang. Ngeri. Sedih. Dunia pendidikan macam biasa. Memanusiakan manusia. Bermula di sini. Duniawi. Berjaya? Masalah kian bertimbun dalam dunia sosial manusia. Gagal? Ya gagal memanusiakan manusia. Jenayah dari berbagai kolar. Kolar putih, biru, ….

Dunia perniagaan, gula naik harga 20 sen sekilo. Rokok harga minima 20 batang RM6 lebih. Apapun gula naik, habis makanan lain naik. Kuih naik naik harga. Murid sekolah mungkin kena tambah peruntukan. Taukeh kantin mungkin akan naikkan harga kuih…. Skim Bantuan Tusiyen- tiada lagi. Anak orang kampung yang tak mampu tuisyen kembali main pasir tepi rumah. Kalau ada pun kelas yang akan ambil peperiksaan. Cabaran baru ni…. PPSMI yang menelan berjuta-juta modal? Cabaran lagi untuk anak-anak kampung. Orang putih kenal, cakap belum tentu. Letih!

Dunia politik? Aku tak minat. Tapi semua parti politik huru-hara. Tapi orang politik dulu belajar di sekolah juga. Sekolah sekali lagi gagal mendidik. Mendidik manusia berpolitik bukan untuk kepentingan diri. Semua tempat jadi medan berpolitik. Tak cukup di dewan parlimen, dewan rakyat, entah apa2 dewan lagi, masjid dan sekolahpun jadi medan berpolitik. Letih! Minta-minta ahli politik sedar keperluan rakyat. Rakyat ni ada berbagai golongan dan taraf. Moga-moga kalau Tuhan tanya di akhirat besok. JELAS.

Global? 2010 semua negara bercakap pasal alam sekitar. pemanasan Global! Entah apa2 global lagi. Semua kesan negatif ke atas dunia global ni manusia yang buat. Manusia yang buat dunia sakit ni, semua orang bijak pandai. Ada berbagai sijil. Ada berbagai degree. Tapi degree yang ada belum tentu fikir pasal dunia. Asyik dok fikir pasal duit. Terlepas pandang pasal dunia. Bila dah dunia sakit tenat, dia sendiri rasa terancam, baru nak fikir! Adakah sekolah juga yang gagal mendidik mereka-mereka yang hebat ini terus mengejar duit tanpa pernah bertanya dunia yang terluka, bernanah, dan amat tenat ini. Letih! Ingat! Hidup lawannya mati. Sekaya mana dan sehebat manapun manusia tetap makan dengan pinggan yang sama saiz aje, dan mangkuk tandas juga sama besar. Cuma mahal murah aje berbeza. Hehehe…. tetap hamba Tuhan. Mati Tuhan tanya juga. Awas!

Apapun mari kita sama-sama renung. Masih ada lagi generasi selepas kita perlukan dunia ini. Jangan terlalu tamak mengejar dunia. Dunia kecil sangat. Hahaha… jangan sampai generasi selepas kita ni tak ada dunia yang selamat lagi untuk mereka meneruskan warisan. Nanti Tuhan akan tanya juga tu!

Leave a Comment more...

Yang patut diingat . . . .

by YEE on Dec.18, 2009, under wangi

1 Muharram 1431, Jumaat bersamaan 18 Disember 2009.

Yang patut diingat dan dikenang. Sekali lagi kehadiran tahun baru hijrah. Kita sering katakan selamat datang 1431. Tapi debarannya tidaklah sehebat degupan disentuh tangan kekasih, tidaklah segemuruh menerima keputusan peperiksaan, tidaklah semeriah kehadiran tahun masehi. Malah ada di kalangan umat Islam sendiri, termasuk kita tidak perasanpun kehadiran tahun baru Islam ini. Kenapa ya? Kerana tidak dipupuk, dibelai, dan disiram seperti menunggu seorang kekasih. Ya! kalau kekasih, setiap detik sms yang dihantar ditunggu penuh excited. Tapi untuk hijrah ini, perasaan kasih semakin terhakis dan lenyap. Biarpun berbagai teka-teki yang menghujani bencana dunia pada 1212. Katakannya bertepatan dengan 1 ramadhan 1433 bersamaan dengan hari Jumaat dan 15 ramadhan juga bertepatan dengan hari Jumaat. Seiring dengan itu, NASA juga meramalkan ada satu objek dari angkasa lepas akan mendekat bumi pada tarikh tersebut. Dan …. ini yang perlu diteliti, kata teka-teki itu lagi, pada ketika itu akan berlaku satu kemusnahan lagi di dunia ini, dimana 2/3 daripada makluk dunia akan lenyap. Maknanya 1/3 yang tinggal. Ngeri bunyinya!  Jadi disempena maal hijarh 1431 ni, mari kita menadah tangan dan berdoa kepada Allah SNW, kita sebagai khalifah lantikanNya secara rasmi memohon juga kepadaNya. SELAMATKANLAH DUNIA INI YA RABBI! AMIN.

1 Comment more...

Macam-macam dalam dunia ni …. >>>

by YEE on Dec.15, 2009, under wangi

“Rajin Berkerja, Rajin Bercakap” – Bagus

“Rajin Berkerja, Malas Bercakap” - Kena Buli

“Malas Berkerja, Rajin Bercakap” – Wayang Cina

“Malas Berkerja, Malas Bercakap” – Tak Guna

“Malas Berkerja, Suka Mengadu” - Lalat Hijau

“Malas Berkerja, Suka Ponteng” – Lebih Baik Berhenti

“Malas Berkerja, Suka Termenung” – Lebih Baik Mati

1 Comment more...

Salahkah aku?

by YEE on Dec.15, 2009, under wangi

Minta maaf. Isu ini sebenarnya tak sensitif. Tapi ada orang rasa sensitif. Maaf!

Salahkah aku tak tahu memasak? Tak salah. Tapi aku wanita. Wanita kalau tak tahu memasak, bukanlah wanita namanya. Apa lagi bila nak jadi isteri orang. Apa lagi bila nak sediakan hidangan untuk suami dan anak-anak. Mengerunkan! Tapi kenapa aku tak tahu memasak? Ibu bapa aku tak ajar masa aku sedang membesar dulu. Hahahaha! atau aku memang malas nak memasak? Apa lagi masa tu, keluarga aku ni memang ada Tukang Masak(TM) kat rumah. Mama akupun tak pernah memasak. Tapi Mama tahu memasak. Katanya, TM tu ada setelah keluarga dah agak mampu. Awal2 dulu memang tak mampu. Tapi aku? Lahir dan membesar tanpa ilmu memasak. Macam-mana ya?

“Sayang, kita x leh nikah lagi sbb I x tahu masak. Nanti U nak makan, kita kena beli aje. U Boring lak kat I. I pegi belajar masak dulu. Bila dah lulus baru kita nikah. Boleh kan?   Kata sang lelaki pula, “Ala x tahu masakpun x pe, sbb I tahu. I yang masakan untuk U”. Itu cerita belum kahwin. Tapi lepas kahwin lain pula jadi. Tapi kau orang semua boleh bayangkan, apa yang terjadi?

Adakah kerana sebab2 begini, ramai anak2 dara sekarang tangguhkan perkahwinan, hinggakan ada yang sudah lanjut usianya belum ada suami dan asyik dok makan kat kedai aje? Hahahaha…..

Kajian di Malaysia ni, ramai Chef yang hebat adalah lelaki. So, apa kata wanita moden sekarang?

4 Comments more...

Cerita buat duit online, khas untuk Mad Jak…

by YEE on Dec.09, 2009, under wangi

Buat duit online? Banyak sangat Jak, tapi mana satu yang serasi dengan dengan kemampuan/kebolehan seseorang/kita. Cabarannya banyak sangat. Antaranya
• Adsense – Google, Adverlet, Nuffnang, Budviser dan banyak lagi. Paling terkenal Google Adsense. Tapi pengetahuan kena banyak, untuk dibentangkan pada blog untuk menarik traffic atau pelayan singgah di pengkalan web/blog kita itu. Ada macam-macam teknik….
• Affiliate – Paling mudah dikatakan sebagai agen jualan. Sini juga kena ada pelanggan yang membeli produk kita tadi. Banyak cara juga untuk melariskan jualan. Pening juga ni. Contohnya ClickBank? Affiliate dengan pedagang ebook keluaran IM Malaysia sendiri. Banyak tapi belum tentu menjanjikan pulangan hebat!
• Join sistem e-dagang yang ada, tapi mesti kerja kuat mempromosi produk dan sebagainya.
• MLM? Jualan Langsung. Lagi banyak, Lifesyles, CNI, DCL, entah apa2 lagi. Sekarang
Hi O yang jual Bio-aura tu. Ramai juga yang berjaya.
• Berdagang di ebay, mudah.com, dan ada juga buat website jual produk sendiri.
• Dan banyak lagi

Untuk menjadi pedagang di internet(IM), kena pengetahuan luas tentang dunia tanpa sempadan ni. Di sini terlalu ramai lanun, perompak dan sebagainya yang dipanggil scammer. Ntah apa2 lagi. Kalau dengan cerita memang mudah, ada orang kaya dengan vemma-jus manggis tapi ramai juga yang gagal. Ada yang dapat 17K usd dengan GDI tapi ada juga yang x dapat apa-apa. So fikir-fikirlah….

YeeWangi.Com

6 Comments more...

Rossarida…. seindah namanya

by YEE on Dec.04, 2009, under wangi

Pagi ini, aku online dengan aku punya ex-student. Rossarida! Seindah namanya. Hahahaha… Lamo x jumpa. Hampir 15 tahun x pernah berbual dengan dio. Masa sekolah dulupon dio bukanlah orang suka bercakap macam2. Tapi sekarang aku tetap x tahu. Maybe mungkin dio masih begitu. X suka cakap benda yang x penting! Tapi aku syukur pada Tuhan, terima kasih Tuhan. Pagi ini aku dapat bercakap-cakap dengan dio, biarpon tidak berdepan. Kalau berdepan mungkin x seperti ini. Senyap aje barangkali! Hahahaha… begitulah. Tapi matonya! Penuh mesej. Hanya yang tahu mampu mentafsirnya. Aku x nak cakap banyak la,  apapun terima kasih Saridda! Moga-moga lain kali kita boleh berbual lagi.  Semoga hidup awak terus harmoni. Amin!

sarrida3

2 Comments more...

Wajah Keislaman

by YEE on Dec.02, 2009, under wangi

Islam adalah wajah/cahaya yang terpancar dalam diri individu yang tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Iman dan Islam adalah dua pembuluh agung yang menghidupkan  nadi keislaman kita menuju Allah SWT untuk melepasi ujian azab di akhirat kelak.  Hidup berlandas pedoman Islam adalah jelas tidak sesat dan lebih mengindahkan kesenian kehidupan berperaturan dengan aman dan hormoni yang tidak ada pada agama-agama lain di dunia ini.  Renungkan betapa indahnya Islam

  • memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau akidah kepada zat Allah yang Maha Esa.
  • Menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain Allah SWT
  • Mengatur cara beribadat kepada Allah SWT
  • Mengatur cara perhubungan kehidupan manusia, makluk,alam dan seluruhnya
  • Kengatur hukum-hukum keseksaan/jinayat yang sesuai dengan manusia sepanjang zaman
  • Mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan
  • Mempertinggikan akhlak manusia sebagai khalifah
  • Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan/material dan banyak lagi.

Apapun mesti diingat segala keindahan itu tersirat kemas di dalam Rukun Islam yang menjadi kompas keislaman itu sendiri. Rukun Islam ini ditafsirkan sebagai tiang yang yang memerlukan dan melengkapi syarat keislaman untuk menegakkan Islam yang sempurna tanpa mengabaikannya.

  • Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  • Mendirikan Solat 5 waktu sehari semalam
  • Puasa pada Bulan Ramadan
  • Menunaikan Zakat
  • Mengerjakan Haji ke Baitullahil-Haram bagi yang berkemampuan.
1 Comment more...

5A UPSR 2009

by YEE on Dec.02, 2009, under wangi

Tengok la, 26 orang anak2 aku yg dapat 5A

SDC15913

1 Comment more...

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

4000 TV channels
Download TV Software. It's safe to install.
Safe to install software
Download TV Software. It's safe to install.
Number one rated software

Archives

All entries, chronologically...