2010 dalam tandatanya?
by YEE on Jan.02, 2010, under wangi
Esok, guru ke sekolah semula. Anak-anak ke sekolah semula. 2009 jadi kenangan.Capaian 2009 jadi petunjuk baru baru untuk capai 2010 pula. Susah. Senang. Ngeri. Sedih. Dunia pendidikan macam biasa. Memanusiakan manusia. Bermula di sini. Duniawi. Berjaya? Masalah kian bertimbun dalam dunia sosial manusia. Gagal? Ya gagal memanusiakan manusia. Jenayah dari berbagai kolar. Kolar putih, biru, ….
Dunia perniagaan, gula naik harga 20 sen sekilo. Rokok harga minima 20 batang RM6 lebih. Apapun gula naik, habis makanan lain naik. Kuih naik naik harga. Murid sekolah mungkin kena tambah peruntukan. Taukeh kantin mungkin akan naikkan harga kuih…. Skim Bantuan Tusiyen- tiada lagi. Anak orang kampung yang tak mampu tuisyen kembali main pasir tepi rumah. Kalau ada pun kelas yang akan ambil peperiksaan. Cabaran baru ni…. PPSMI yang menelan berjuta-juta modal? Cabaran lagi untuk anak-anak kampung. Orang putih kenal, cakap belum tentu. Letih!
Dunia politik? Aku tak minat. Tapi semua parti politik huru-hara. Tapi orang politik dulu belajar di sekolah juga. Sekolah sekali lagi gagal mendidik. Mendidik manusia berpolitik bukan untuk kepentingan diri. Semua tempat jadi medan berpolitik. Tak cukup di dewan parlimen, dewan rakyat, entah apa2 dewan lagi, masjid dan sekolahpun jadi medan berpolitik. Letih! Minta-minta ahli politik sedar keperluan rakyat. Rakyat ni ada berbagai golongan dan taraf. Moga-moga kalau Tuhan tanya di akhirat besok. JELAS.
Global? 2010 semua negara bercakap pasal alam sekitar. pemanasan Global! Entah apa2 global lagi. Semua kesan negatif ke atas dunia global ni manusia yang buat. Manusia yang buat dunia sakit ni, semua orang bijak pandai. Ada berbagai sijil. Ada berbagai degree. Tapi degree yang ada belum tentu fikir pasal dunia. Asyik dok fikir pasal duit. Terlepas pandang pasal dunia. Bila dah dunia sakit tenat, dia sendiri rasa terancam, baru nak fikir! Adakah sekolah juga yang gagal mendidik mereka-mereka yang hebat ini terus mengejar duit tanpa pernah bertanya dunia yang terluka, bernanah, dan amat tenat ini. Letih! Ingat! Hidup lawannya mati. Sekaya mana dan sehebat manapun manusia tetap makan dengan pinggan yang sama saiz aje, dan mangkuk tandas juga sama besar. Cuma mahal murah aje berbeza. Hehehe…. tetap hamba Tuhan. Mati Tuhan tanya juga. Awas!
Apapun mari kita sama-sama renung. Masih ada lagi generasi selepas kita perlukan dunia ini. Jangan terlalu tamak mengejar dunia. Dunia kecil sangat. Hahaha… jangan sampai generasi selepas kita ni tak ada dunia yang selamat lagi untuk mereka meneruskan warisan. Nanti Tuhan akan tanya juga tu!










